Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur kepada Ilahi kerana dengan izinnya maka siaplah homepage kita. Ucapan jutaan terima kasih saya kepada member-member yang terlibat secara langsung atau tak langsung dalam proses pembikinan halaman ini. Semoga kita mendapat manafaat dari hasil kita. Tujuan homepage ini dibangunkan ialah untuk kita saling berhubungan dan dapat mengekalkan tali silatulrahim antara kita. Memang tidak dapat dinafikan bahawa "Setiap pertemuan pasti ada perpisahannya", oleh itu saya dan kawan-kawan yang lain mengambil inisiatif ini bagi mengekalkan perhubungan kita selama mungkin......insyaallah....... Cantik atau tidak homepage ini bukanlah objektifnya tetapi manafaat darinya itu yang lebih penting...Saya amat mengalu-alukan sebarang komen atau bantuan dari kawan-kawan semua bagi menjadikan laman ini lebih bererti kepada kita. Akhir kata, yang terbaik untuk semua dan yang kurang itu dari kedaifan saya.
PENGARANG.................
|MAIN|PENGHARGAAN|BULETIN|MEMBER|GAMBAR|GOSSIP|AKTIVITI|